spaceship passenger

Wednesday, April 25, 2012

dress to kill who?

pepatah omputih yg aku ambil dan modified menjadi 'dressed to be killed'... pd definisi aku berbunyi camni: "dipakaikan cenggitu gaya untuk dibunuh!" ah nakal dan kejam bunyinya hihi.. ini pin-up artwerk 100% kaedah digital yang kedua... bezanya dengan yang pertama... artwerk ini aku buat dgn sangat berhati-hati... penghijrahan media dari tradisional pensel dan pen atas kertas kepada pen tablet digital wacom bamboo meletakkan aku ke dalam sangkar orang-orang kuno atau omputih sebut 'lame'... tapi aku rasa aku cepat adapt dgn tablet pen ni tinggal lagi nak dapatkan keefiseinan pengurusan layers tu. bedal la..

 berikut WIP artwerk yg kuberi nama 'Dressed to be killed'.
melukis orang lidi tetap sukar buat diriku :P biasanya aku cuba skip proses ni , terus ke full figure drawing, tapi sering terjadi aku kembali ke pangkal jalan- melukis orang lidi kikiki..
penggunaan layers telah membantu dan memudahkan kerja berjuta-juta pelukis di dunia dan aku lega menjadi salah seorang darinya... lalu di layer yg lain aku lukis rough skecth full figure secara bertindih.. so dlm skrin kerja melukis ia nampak spt imej seterusnya ini..
proses ini mengambil masa yg sangat lama sebab aku nak tune sampai dapat gesture yg tepat... ok k... aku lembab dan tak pandai melukis sebenarnya- itu sebab amik masa yg lama TT_TT
bila dah nampak bayang gesture yg paling tepat konon.. aku bukak layer baru dan trace dengan brush yg kemas... namun sebagai insan yg sgt cikai dan hampeh maka hasilnya tidaklah sekemas mana.. aku guna banyak layer utk proses line art ni.. 
sblom siapnya final line-art di atas, aku lukis bahagian demi bahagian.. badan satu layer, tangan 1 layer, kaki 1 layer... camtuh- lembab kan ngaaaa TT_TT 
kalo boleh aku taknak lukis karektor dlm keadaan bogel, tapi kalau karektor tak bogel susah nak tentukan atribution baju.. aku elakkan diri aku dari melukis karektor Ninja turtle... kerana aku meramalkan lukisan mereka dlm keadaan bogel sgt menjengkelkan :P  

bila dah siap- aku pun warna... proses ini juga lama... ok semua proses memang lama sebab aku memang pelukis lembab nak mampus lagi hina durjana TT_TT

bila dah siap, baru aku perasan aku tak prepare background awal2... hampeh betul. lalu aku taruk la sepotong ayat mengarut. tapi aku masih tak puas ati... sebab aku melukis untuk menyampaikan mesej... jadi aku anggap lukisan sexy manga girl berposing di kerusi ini sebagai 'blom siap'.. lalu aku letak dibelakang tajuknya (part 1) ia merupakan ikrar supaya aku menyiapkanya... 

4 bulan berlalu.. part 2 mula dilukis pd hari jumaat minggu lepas. dah siap! 
sebenarnya artwerk ni masih blom siap 100%... sebab aku rasa enjoy sgt melukis karektor pembunuh tu. macam melepas rindu kat lukisan genre faveret aku iaitu sci-fi horror. ada sikit je lagi kot sblom aku declare sbg 'finish'. tapi aku nak taruk kat blog dulu...

karektor pembunuh itu adalah salah satu karektor dari idea cereka Sci-fi horror aku yg aku namakan 'Battlecraft'. idea yg belum berkesempatan utk dipersembahkan.. terpaksa diketepikan (KIV) utk memberi laluan kepada idea 'Super-nur'.

Thursday, March 15, 2012

super-nur #2 sedang menyibuk!

aku lukis komik solo berwarna penuh 70 halaman (sekitar) -Itulah sebabnya aku tak dapat nak update blog n status fesbuk.

jales jugak melihat pelukis lain mengupdate fesbuk dgn doodle dan lukisan2 harian/mingguan masing2.. aku tak dapat nak buat camtu... doodle, conteng2 sketch harian aku semua hanya utk super-nur #2. ia memang diperlukan. memang sepatutnya boleh je aku update je la fesbuk n blog aku dgn doodle sketch wip aku cam yg aku buat ni setiap hari.. tapi pd praktikalnya- memang tak boleh nak buat cenggitu.

mungkin aku yg tak pandai mengurus masa... well old habbits die hard.. people change and change takes times..


imej: salah satu scene dlm super-nur #2 yg sedang dlm pembikinan

btw projek super-nur #2 sudah bermula sejak december lagi.. tapi aku tak all out- sebab tak boleh nak all out.. so progress komik berjalan dgn sgt perlahan. analogi terbaik ialah jem di lebuh raya..

so bedal la..

Tuesday, February 14, 2012

14 februari: hari ni hari kau... hari korang!

hari kekasih? kekasih yg macam mana?
hari cupid tembak anak panah cinta?



sebut betul2- valentine's day... bahasa Melayunya- hari encik valentine...

encik valentine adalah seorang paderi besar Kristian dari sepanyol yg lebih dikenali sebagai 'Saint Valentine'. .

di atas kejayaanya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova pada tanggal 14Feb, 270 M iaitu dalam era pemerintahan 'Ratu Isabella'. lalu dia mendapat gelaran 'kekasih rakyat'.. ratu isabella mengisytiharkan 14 feb sebagai hari utk meraikan paderi itu..

jadi kalau anda orang kristian: selamat menyambut hari anda- hari kemenangan anda... hari valentine- hari korang..

untuk anda dan saya orang Islam: ini bukan hari kita... so takpayah la sibuk2 nak ucap hari kekasih buat suami/isteri.. awek, nenek, ibu, ayah... tak payah sebut nama valentine tu... takyah sebut hari kekasih.. takyah ucap apa2... takyah dating, takyah gi candle light dinner... TAK PAYAH LAAAAA.. banyak lagi hari lain maa!

malah inilah hari yg sepatutnya kita muhasabah diri- tanya diri kita sejauh mana tewasnya kita dalam menjadi khalifah Allah di muka bumi setakat ini...

Saturday, January 28, 2012

2 hari yg Hapening di Shah Alam! Jom!




Super-nur selaku ahli keluarga baru Grup Buku Karangkraf turut memeriahkan acara :)

event sangat best ada auto show lagi! famili lak nak ikut.. tapi aku tgh berhempas pulas membikin sequel #2 Super-nur. masa membikin komik adalah keutamaan. so aku akan datang sendirian sekadar utk memenuhi slot je... oh rindunya aku kat sesi tidur yg panjang disertakan dgn mimipi2 indah hahaha.. ohh..

Thursday, January 26, 2012

Review komik Super-nur #1 oleh Zucafly Awang

text adalah copy paste dari tempat asal review ini ditulis iaitu di forum Pergh.com

"Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.

reviu novel grafik buah tangan sulung Hariszzz , Novel grafik ini, adalah terbitan Buku Prima dalam projek terdahulunya Comix21 Karangkraf. (hampir terbengkalai, syukurlah penulis dan pelukis komik ini tidak berputus asa). Penerbitan novel grafik menjadi kenyataan dan telah dijual di Pameran dan Jualan Buku Karangkraf di Shah Alam baru-baru ini dan telah masuk ke pasaran di rangkaian MPH dan kedai-kedai buku lain. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150502276521253&set=a.10150214760196253.358408.194151381252&type=1&theater


Supernur #1, sebuah novel grafik dalam warna warni ini dihasilkan oleh Haris Norman Harizan, juga seorang ahli pergh.com secara "one-man show", kebiasaan yang diamalkan pelukis-pelukis Malaysia. Secara umumnya, sasaran novel grafik ini ialah untuk bacaan semua peringkat. Persembahannya yang bersahaja dan santai.

Kalau di Marvel/Darkhorse/DC, mereka ada Supergirl, Batwoman, Wonderwoman dan ramai lagi adiwira wanita/perempuan. Barangkali atau mungkin dengan penerbitan Supernur#1 ini akan membuka wadah adiwira perempuan lokal yang mempunyai kuasa luarbiasa. Tahniah kepada penerbitan novel grafik ini, dengar khabar pelukisnya sedang mengusahakan Supernur #2 untuk terbitan awal tahun 2012 ini. Syabas kepada Buku Prima setelah berjaya menerbitkan Saga, Burger dan 2 buah novel grafik lain (lupa judulnya, sorry ya.)

Hariszzz, ternyata gigih berrmula dengan threadnya (di Pergh.com) Tekonologi Larangan. Pada awalnya, beliau seakan terpengaruh dengan gaya Puppeteer dan lama-kelamaan telah terhasil gayanya sendiri. Pembeli pasti tidak kecewa kerana Super Nur #1 turut menampilkan karya fanart/poster digital Zamzami, Zyien Zein, Ryohana ML dan Pa'an Artcreative."

Wednesday, January 18, 2012